Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Seludup syabu guna lapisan karbon tumpas



GOVINDEN (dua dari kiri) menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM750,000 di Sepang semalam.


SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya membongkar taktik pengedaran dadah yang menggunakan lapisan karbon di dalam beg untuk mengelak daripada dikesan oleh mesin pengimbas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Pengarah Kastam KLIA, Datuk M. Govinden berkata, taktik berkenaan terbongkar apabila pihaknya menahan seorang lelaki tempatan yang berusia 21 tahun bersama dadah jenis syabu seberat tiga kilogram di sini kelmarin.

Menurutnya, lapisan karbon yang tebal di dalam beg itu digunakan kerana mesin pengimbas tidak dapat mengenal pasti barang tersebut.

“Bagaimanapun, tindakan lelaki itu kali ini berjaya dikesan melalui mesin pengimbas kerana dia tersilap langkah menggunakan lapisan karbon yang agak nipis di dalam begnya,” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Govinden, syabu yang dirampas itu bernilai RM750,000 dibawa oleh suspek yang merupakan mekanik sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya melalui pesawat dari Manila, Filipina ke Kuala Lumpur.

Menurut Govinden, ia merupakan kes pertama melibatkan penerbangan dari Filipina.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment