samun
AYER KEROH – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan merompak menggunakan pedang samurai, kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Saad, 18, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Hamri Thamri Muhammad @ Shaharudin.

Mengikut pertuduhan, dia didapati dengan niat melakukan rompak dengan bersenjatakan sebilah pedang samurai, selain mengambil sebuah motosikal bernombor MBX 1558 jenis Honda Wave 110 kepunyaan Muhammad Najib Kamarudin, 17.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 16 Disember lalu, kira-kira jam 1.30 tengah hari di letak motosikal bazar Mydin 24 jam di Melaka Sentral.

Sehubungan itu, dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama dan sabit kesala­-han boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat.

Tertuduh kemudian diikat jamin RM6,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirhu Samsudin dan kes akan disebut semula pada 30 Januari depan untuk lantikan peguam.