Search This Blog

Saturday, December 31, 2011

Pyongyang mahu balas dendam





2011/12/31

Badan pemerintah Korea Utara kekal dasar keras Jong-il ke atas Korea Selatan

SEOUL: Korea Utara memberi amaran kepada dunia semalam untuk menjangka tiada perubahan dasar di bawah kepimpinan baru Kim Jong-Un dan mengancam membalas dendam ke atas Korea Selatan kerana “menabur garam” ke dalam luka rakyatnya yang masih bersedih. 

Kenyataan keras itu dikeluarkan sehari selepas negara komunis itu menamatkan perkabungan 13 hari untuk mendiang Kim Jong-il dan mengiktiraf anak lelakinya Jong-Un sebagai pemimpin agung baru dalam satu upacara peringatan besar-besaran.
Kami “sesungguhnya mengisytiharkan dengan yakin bahawa boneka Korea Selatan dan ahli politik bodoh di seluruh dunia seharusnya tidak menjangka apa-apa perubahan daripada DPRK (Korea Utara),” kata Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan (NDC), badan atasan pembuat keputusan.
“Utara tidak pernah mempunyai perjanjian “dengan kumpulan pembelot Lee Myung-Bak,” kata NDC merujuk kepada presiden Korea Selatan dalam satu kenyataan dikeluarkan agensi berita rasmi dan televisyen tempatan. 

“Kami sudah pasti memaksa kumpulan pembelot membayar untuk jenayah tersembunyi dilakukan ketika tempoh kesedihan negara,” kata Suruhanjaya itu sambil menuduh kerajaan Seoul menghina Pyongyang ketika tempoh perkabungan Jong-il. 

“Air mata dan pengorbanan rakyat akan menjadi ‘api’ yang bakal membakar semua kumpulan pengkhianat,” kata NDC. 

Penganalisis berkata Utara memberi amaran kepada dunia supaya tidak campur tangan ketika peralihan dan kemungkinan berlaku provokasi mana-mana provakasi adalah rendah. 
Utara segera meningkatkan kedudukan anak lelaki mendiang pemimpin itu, jawatan yang tidak ditandingi berusia lewat 20 an, apabila bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 17 Disember lalu. 

Beliau diisytiharkan “pemimpin agung parti dan tentera serta rakyat” pada hari peringatan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat kelmarin dan mengetuai pengebumian negara hari sebelumnya. - AFP 

No comments:

Post a Comment