Search This Blog

Saturday, December 31, 2011

Penjenayah rempuh kenderaan polis



MELAKA 30 Dis. - Dua penjenayah yang diburu ibarat menyerah diri setelah kenderaan dinaiki tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta peronda polis baru-baru ini, sehingga akhirnya membawa kepada penangkapan mereka.
Sebelum kejadian pukul 8 malam Selasa lalu, kereta peronda polis berkenaan berhenti di bahu jalan untuk memeriksa sebuah kenderaan lain sebelum tiba-tiba dilanggar oleh kedua-dua suspek yang menaiki kereta Proton Satria Neo berwarna putih.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati kereta itu adalah kenderaan curi.
Katanya, siasatan lanjut di dalam kenderaan itu berjaya menemui sepucuk pistol tiruan, empat komputer riba pelbagai jenama, kad jalur lebar, serangkai kunci kereta dan wang tunai berjumlah RM996.
"Turut dijumpai satu tiub straw dadah jenis 'methamphetamine'. Kemalangan itu telah membuka rahsia apabila mereka merupakan penjenayah dikehendaki polis berdasarkan penemuan barangan tersebut yang dipercayai hasil curi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Melaka, baru-baru ini.
Tambahnya, siasatan lanjut mendapati salah seorang suspek berusia 33 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur mempunyai lapan rekod jenayah.
"Antaranya Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) (curi dalam bangunan), Seksyen 379A (curi kenderaan), Seksyen 186 kanun yang sama (menyamar penjawat awam) dan beberapa seksyen berkaitan.
"Seorang lagi suspek berusia 26 tahun yang berasal dari Asahan memiliki satu rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
-utusan

No comments:

Post a Comment