Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Pasangan duda janda ditahan miliki senjata tiruan

KEPALA BATAS: Kegembiraan sepasang kekasih berstatus duda dan janda muda berhibur di Pulau Pinang sejak malam perayaan Krismas lalu tidak berpanjangan apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Sungai Dua arah utara, di sini, pagi semalam.

Pasangan berusia 20-an itu ditahan selepas disyaki memiliki sepucuk pistol tiruan yang ditemui ketika pemeriksaan terhadap kenderaan dinaiki mereka kira-kira jam 3.45 pagi.


Sekotak bebola besi yang digunakan sebagai peluru pistol juga ditemui.

Lebih mencurigakan apabila turut ditemui dalam kereta jenis Proton Saga terbabit adalah gari yang juga dipercayai digunakan untuk memeras ugut serta menyamar anggota keselamatan.


Selain itu, pemeriksaan anggota Unit Peronda Elit Evolution X terhadap kereta terbabit juga menemui sebilah pedang, keris, beberapa telefon bimbit pelbagai jenama dan plastik lutsinar disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah serta pengedaran dadah.


Sekatan jalan raya berkenaan dijalankan unit peronda terbabit diketuai Pegawai Turus Unit Peronda Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Cif Inspektor Rohizad Halim bersama 19 anggota bermula dari jam 3 sehingga 8 pagi semalam.


Menurut Rohizad, kenderaan dinaiki pasangan dari Sungai Petani, Kedah itu dikesan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan pihaknya.


Katanya, ketika itu didapati mereka berada dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan lanjut.


“Pasangan berkenaan memberi alasan mereka dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani dan cuba meyakinkan anggota polis mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.


“Bagaimanapun, usaha mereka itu tidak meyakinkan kami sebelum pemeriksaan lanjut menemui pelbagai senjata itu,” katanya. Menurutnya, pihaknya percaya mereka terbabit dalam kegiatan jenayah dan pengedaran dadah.


“Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti aktiviti jenayah mereka,” katanya.


Menurutnya, pasangan terbabit kini ditahan untuk siasatan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

No comments:

Post a Comment