Search This Blog

Monday, December 19, 2011

Lelaki ubah suai lori seludup diesel bersubsidi dicekup



SEBUAH lori yang telah diubah suai bagi menyeludup minyak diesel bersubsidi berjaya ditahan polis bersama pemandunya ketika mengisi minyak di Miri, kelmarin.


MIRI 18 Dis. - Polis mematahkan cubaan seorang lelaki untuk menyeludup diesel bersubsidi selepas menahan suspek ketika mengisi bahan api itu di dalam sebuah lori yang diubah suai di sebuah stesen minyak di Jalan Bintang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7.30 petang, suspek berusia 20-an sebelum itu ke stesen minyak di Pujut Lutong untuk mengisi minyak seterusnya ke stesen di Jalan Bintang pula untuk berbuat demikian sebelum ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supritendan Ismail Idris berkata, hasil pemeriksaan terhadap lori itu telah membawa kepada penemuan tangki di dalam kenderaan terbabit yang ditutup dengan kain kanvas.

"Pemeriksaan lanjut turut mendapati lori berwarna putih itu telah diubah suai dengan menambah tangki di bahagian atas belakang lori berkenaan.

"Kita juga merampas dua keping resit pembayaran minyak bernilai RM360 setiap satu dengan kuantiti sebanyak 400 liter diesel," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail menambah, kes itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak: 'via Blog this'

No comments:

Post a Comment