Search This Blog

Thursday, December 15, 2011

Korban di Belgium naik 6 orang


BRUSSELS 14 Dis. - Pasukan penyiasat Belgium menemui mayat seorang wanita yang dibunuh seorang lelaki bersenjatakan pistol yang bertanggungjawab menembak mati empat orang termasuk seorang bayi berusia 17 bulan di timur negara ini, semalam.

Lelaki tersebut, Nordine Amrani, 33, turut mencederakan 125 orang dalam kejadian itu sebelum bertindak membunuh dirinya sendiri.

Penemuan mayat wanita itu menjadikan jumlah korban dalam insiden itu meningkat kepada enam orang termasuk penyerang terbabit.

Pendakwa raya, Cedric Visart de Bocarme berkata, mayat wanita itu ditemui di sebuah gudang yang digunakan oleh Nordine.

"Turut ditemui dalam gudang itu ialah tanaman dadah jenis kanabis," katanya kepada stesen radio La Premiere.

Dalam kejadian semalam, Nordine yang sebelum ini pernah dipenjarakan atas kesalahan memiliki senjata api dan dadah, bertindak melemparkan bom tangan dan melepaskan tembakan ke arah kawasan yang sesak dengan pengunjung dan kanak-kanak di dataran utama timur bandar Liege.

Serangan tersebut menyebabkan kawasan tengah bandar kelima tersebar di Belgium itu lumpuh dan ramai pekerja terperangkap di pejabat masing-masing ekoran pihak polis menutup lokasi kejadian.

Motif serangan masih belum jelas.

"Kejadian ini mencetuskan kebimbangan kepada kita mengenai seseorang yang waras dan normal boleh bertindak sedemikian," kata Visart de Bocarme. - REUTERS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment