Search This Blog

Saturday, December 31, 2011

Kapal selam nuklear Rusia terbakar



MOSCOW 30 Dis. - Sebuah kapal selam nuklear milik tentera laut Rusia terbakar di sebuah pelabuhan Roslyakovo di wilayah Murmansk Utara, semalam.
Namun, pasukan bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran di kapal selam itu yang sedang diperbaiki di pelabuhan itu yang terletak dekat 100 kilometer ke timur Norway, hari ini.
Dalam kejadian tengah hari semalam, lapisan getah pada kapal selam kelas Delta IV, Yekaterinburg itu terbakar sebelum merebak.
Menteri Situasi Kecemasan, Sergei Shoigu berkata, tiada kebocoran radiasi berlaku pada kapal selam itu selepas melakukan pemantauan rapi.
Kapal selam Yekaterinburg itu mula digunakan sejak 1985 bersama lima lagi kapal semalam yang sama untuk membentuk kekuatan pertahanan Rusia di kawasan laut Rusia.
Pasukan pendakwaan tentera telah melancarkan siasatan sama ada berlaku pelanggaran peraturan keselamatan ekoran kemalangan itu.
Presiden Dmitry Medvedev telah mengarahkan pegawai kanan Kabinet memberi laporan berhubung insiden itu dan mendesak supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab. - AFP

No comments:

Post a Comment