Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Judi siber berleluasa di Subang Perdana



SEBAHAGIAN kawasan premis perniagaan yang didakwa menyediakan perkhidmatan judi siber berdekatan Rumah Pangsa Subang Perdana di Petaling Jaya.


PETALING JAYA - Kewujudan pusat judi siber haram yang bagai 'cendawan tumbuh' di kawasan Rumah Pangsa Subang Perdana di sini kini menjadi tumpuan kaki judi termasuk golongan remaja dan pelajar sekolah.

Senario aktiviti pusat judi siber berkenaan yang seolah-olah 'kebal' daripada tindakan pihak berkuasa itu menimbulkan kebimbangan para ibu bapa khususnya yang tinggal di kawasan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! mendapati tidak kurang 10 buah pusat judi siber di kawasan premis perniagaan di situ yang beroperasi tanpa sebarang papan tanda perniagaan.

Pada masa sama, premis berkenaan didapati diawasi dengan ketat melalui televisyen litar tertutup (CCTV) dan hanya pelanggan setia sahaja yang akan dibenarkan masuk.

Seorang penduduk, Zainal Ali, 54, berkata, pusat-pusat judi tersebut sentiasa dikunjungi pelanggan setiap hari dan paling membimbangkan apabila turut dimasuki oleh golongan remaja dan kanak-kanak.

"Kewujudan pusat judi ini amat membimbangkan apabila kelihatan ramai remaja dan kanak-kanak keluar masuk ke pusat tersebut," katanya.

Seorang lagi penduduk, Aminah Ismail, 57, pula berkata, aktiviti pusat judi siber di kawasan penempatan penduduk tidak sepatutnya dibiarkan oleh pihak berkuasa.

"Isu ini perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana berhampiran dengan kawasan perumahan dan perlu diambil tindakan segera.

"Berikutan aktiviti pusat ini yang berleluasa ibu bapa kini perlu mengawasi ketat anak-anak mereka bagi mengelakkan ada yang terlibat dengan gejala judi ini," katanya.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment