Search This Blog

Monday, December 12, 2011

Ibu cemas, selamat dua nyawa

myMetro | Ibu cemas, selamat dua nyawa:

KUANTAN: “Saya benar-benar cemas kerana tidak tahu hendak selamatkan siapa dulu,” demikian kata suri rumah, Kamaliya Sulaiman, 41, seorang daripada mangsa banjir yang dipindahkan ke Tadika Perpaduan Cenderawasih, di sini, selepas rumahnya di Kampung Jawa, di sini, dinaiki air kira-kira satu meter awal pagi semalam.
Ibu kepada empat anak itu berkata, ketika hujan lebat kira-kira jam 2 pagi, dia berada di rumah berkenaan bersama suami, Zulkarnaen Nasim, 42, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah serta dua anak perempuan mereka masing-masing berusia satu dan sembilan tahun.

“Kelam-kabut saya ketika itu, mana hendak dukung anak yang baru berusia setahun, suami pula langsung tidak boleh bergerak akibat lumpuh selepas kemalangan di tempat kerja di Gebeng, dua tahun lalu,” katanya.
“Saya panik kerana tidak tahu hendak selamatkan siapa dulu, hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu,” katanya.

Suri rumah itu berkata, dalam keadaan cemas berkenaan, mujur ada jiran membantu sebelum dia sekeluarga diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba untuk memindahkan mereka.

No comments:

Post a Comment