Search This Blog

Tuesday, December 6, 2011

Ghaib lepas hantar dua anak ke pusat asuhan

myMetro | Ghaib lepas hantar dua anak ke pusat asuhan: "a"

TAIPING: Kehilangan seorang kakitangan bank sejak lima hari lalu mencetuskan tanda tanya apabila mangsa didakwa lesap begitu saja sejurus menghantar dua anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak.

Mangsa yang juga ibu tunggal, Fazrina Mat Isa, 35, gagal dijejaki ahli keluarga selepas dipercayai hilang dalam perjalanan ketika ke tempat kerja Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata Fazrina yang bekerja di sebuah bank tempatan dilaporkan hilang Khamis lalu selepas keluar dari rumahnya di Jalan Taman Sungai Mas, di sini.

Menurutnya, pada pagi sebelum kehilangannya, Fazrina sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada salah seorang rakan sekerjanya memaklumkan dia lewat masuk ke pejabat kerana mahu mendapatkan rawatan di klinik.


“Mangsa dikatakan sempat menghantar dua anaknya terlebih dulu ke pusat asuhan sekitar jam 10 pagi.


“Bagaimanapun, pihak pengurusan pusat asuhan berkenaan mula curiga apabila mendapati Fazrina tidak datang untuk mengambil anaknya sehingga jam 8 malam hari sama,” katanya.

Yusuf berkata, pihak pengurusan pusat asuhan itu gagal menghubungi telefon bimbit Fazrina sebelum menghubungi rakan sekerja mangsa bagi memaklumkan perkara itu.


“Rakan mangsa kemudian memberitahu ibu Fazrina berhubung ketidakhadiran mangsa di tempat kerja selain kegagalannya mengambil anak di pusat asuhan.

“Ibu Fazrina terkejut dengan kejadian itu lalu membuat laporan polis. Polis kemudian segera menjalankan siasatan dan menjumpai kereta Fazrina di Kampung Boyan, di sini, dalam keadaan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment