Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Diugut kerana edar borang BR1M

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Seorang pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Petaling Jaya, dekat sini hari ini, membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan yang memintanya berhenti mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Bimbang keselamatan diri dan keluarganya terancam, Kelvin Chong Seng Foo, 43, membuat laporan berkenaan di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya, pukul 9.40 pagi.
Turut hadir menemaninya, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book.
Seng Foo mendakwa menerima lima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan itu pada 24 Disember lalu daripada satu nombor telefon tidak dikenali.
Katanya, SMS pertama diterimanya pada pukul 9.30 pagi, disusuli empat lagi SMS yang menyatakan dia akan ditimpa kemalangan semasa memandu kenderaan jika terus mengedar borang BR1M.
"SMS itu diterima ketika saya sedang mengedar borang BR1M di Kampung Tunku. Bagaimanapun saya gagal menghubungi semula nombor telefon tersebut.
"Saya percaya perbuatan itu dilakukan pihak yang tidak suka tindakan kerajaan menyalurkan bantuan sara hidup kepada rakyat," katanya ketika di sini hari ini.
Dalam pada itu, Seng Foo berkata, sebanyak 5,000 borang berkenaan telah diedarkan kepada orang ramai dan setakat ini hanya 3,000 borang sudah diterima.
"Walaupun ada ancaman sedemikian, ia tidak melemahkan semangat saya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
"Dua kali seminggu saya akan ke Kampung Tunku mengedarkan borang tersebut," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment