Search This Blog

Monday, December 19, 2011

Bot migran karam di Indonesia

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA


ANGGOTA polis Indonesia mendukung seorang kanak-kanak yang terselamat dalam nahas bot karam, semasa memindahkan mereka dari sebuah hospital ke pejabat imigresen di Watulimo di Indonesia, semalam. Kanak-kanak tersebut adalah antara 33 orang yang terselamat, sementara lebih 200 lagi masih hilang. Mereka dalam perjalanan menuju ke Australia. - AFP


JAKARTA 18 Dis. - Sebuah bot yang membawa pendatang transit dari Asia Barat dan beberapa negara lain menuju ke Australia karam di perairan Jawa Timur malam tadi, mengakibatkan 217 orang dikhuatiri lemas.

Tragedi berkenaan berlaku kira-kira 30 batu dari pantai Perigi, Trenggalek, Jawa Timur.

Menurut laporan media tempatan, sehingga tengah hari ini baru 33 daripada 250 penumpang bot berkenaan yang berjaya diselamatkan.

Pasukan penyelamat juga pada masa sama masih berusaha mencari penumpang lain di kawasan perairan tersebut.

Bagaimanapun, operasi menyelamat dihalang cuaca buruk dan jarak pandang yang rendah, media tempatan melaporkan.

Pendatang-pendatang transit itu dilaporkan berasal dari Turki, Afghanistan, Arab Saudi dan Iran.

Mangsa-mangsa yang terselamat kini menerima rawatan rawatan di Bangunan Serbaguna Balai Pelabuhan Perikanan Nusantara, Pulau Perigi.

Agensi berita ANTARA berkata, bot milik nelayan Indonesia itu dipercayai disewa untuk menyeludup para pendatang itu ke Australia.

Bot berkenaan juga dilaporkan agensi berkenaan hanya mampu menampung tidak lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, seorang daripada pendatang yang terselamat berkata, bot berkenaan mengangkut lebih daripada 250 orang.

Sehingga tengah hari ini juga, belum diketahui jumlah rasmi pendatang yang meninggal dunia. - UTUSAN

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment