Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

Bawa dadah RM750,000

SEPANG: Taktik lelaki warga tempatan cuba mengaburi pihak berkuasa dengan membawa dadah yang sudah dibalut kemas dengan lapisan karbon dalam bagasi gagal apabila ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk M Govinden berkata, lelaki 21 tahun itu ditahan pada jam 1.30 pagi, selepas pegawai Kastam menemui imej meragukan dalam bagasinya ketika imbasan.


Menurutnya, suspek yang tiba dengan menaiki pesawat Cebu Pacific Airlines pulang ke tanah air selepas berada di Filipina sejak Ahad lalu.

“Hasil pemeriksaan rapi, pegawai kami menemui satu ruang khusus di bahagian bawah bagasi suspek yang ditutup dengan lapisan karbon serta dibalut kemas. “Selepas dibuka, kami mendapati 10 bungkusan serbuk putih. Ujian dengan kit menunjukkan ia positif syabu atau Methamphetamine seberat tiga kilogram bernilai RM750,000,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, di sini, semalam.

myMetro | Bawa dadah RM750,000:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment