Search This Blog

Monday, December 12, 2011

Aset RM1 juta hangus

Kosmo! Online - Negara:




KEADAAN pasar raya di Pekan Kerayong, Bera yang musnah dalam kebakaran semalam.



BERA - Sebuah pasar raya di Pekan Kerayong di sini kerugian lebih RM1 juta selepas musnah dijilat api dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Supritendan Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pukul 2.45 pagi itu disedari oleh dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut sebelum ternampak asap dan api keluar dari sebuah kedai menjual cakera padat video (VCD) di bangunan itu.
Menurut beliau, anggota polis itu kemudian menghubungi balai bomba dan penyelamat bagi memaklumkan kejadian tersebut.
Seramai 17 anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Triang dan Temerloh tiba dalam tempoh 10 minit ke lokasi kejadian selepas dihubungi.
"Antara kedai yang musnah dalam kebakaran di pasar raya itu ialah kedai Borong Sakan yang menjual pakaian, kedai makan dan kedai menjual VCD dan gelanggang futsal," kata beliau semasa dihubungi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment