Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

69 GRO ‘tarian tiang’ ditahan




Sebahagian wanita warga Thailand ditahan dalam operasi pencegahan pelacuran di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 28 Dis. – Polis menyerbu dua pusat hiburan yang menganjurkan ‘tarian tiang’ serta menahan 69 termasuk 55 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam serbuan di Jalan Changkat Thambi Dollah dan Menara PGRM, di sini tengah malam tadi.
Serbuan dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula pukul 12 tengah malam tadi, hasil maklumat awam dan risikan.
Dalam serbuan di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini, seramai 17 wanita warga asing, 14 wanita tempatan dan seorang pondan ditahan yang kesemuanya berusia antara 21 dan 33 tahun.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, selain mengadakan ‘tarian tiang’ untuk menarik pelanggan, siasatan mendapati premis itu turut menganjurkan aktiviti kalungan bunga terhadap GRO yang diminati pengunjung.
Katanya, premis yang baru sebulan beroperasi itu juga didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.
“Aktiviti itu (‘tarian tiang’ dan kalungan bunga) tidak dibenarkan dalam perniagaan berkenaan kerana menjurus ke arah kegiatan pelacuran,” katanya kepada pemberita selepas serbuan di sini awal pagi tadi.
Beliau berkata, dalam serbuan kedua di Menara PGRM di sini, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam berusia 17 hingga 50 tahun telah ditahan.
Katanya, siasatan mendapati premis yang pertama kali diserbu itu sejak dibuka sebulan lalu, turut menggunakan tarian tiang untuk menarik pelanggan berdasarkan penemuan dua tiang besi pada pentas kecil.
“Turut diadakan aktiviti kalungan bunga dengan harga RM20 bagi setiap kalungan,” katanya.
Tambahnya, GRO terbabit dikatakan mampu memperoleh upah sehingga RM1,000 oleh pelanggan yang meminati mereka.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment