Search This Blog

Monday, December 19, 2011

67 pekerja pelantar minyak Rusia tenggelam

MOSCOW 18 Dis. - Sebuah pelantar minyak bersama 67 pekerja tenggelam di perairan pulau Sakhalin, timur negara ini, ketika ia ditunda semasa cuaca ribut.

Seramai 14 pekerja sempat diselamatkan dari pelantar Kolskaya milik syarikat cari gali Rusia, Arktikmorneftegazrazvedka, sementara dua mayat ditemui dan bakinya masih dilaporkan hilang.

"Berdasarkan laporan dari lokasi kejadian, pelantar Kolskaya tenggelam sepenuhnya.

"Ketulan ais dan ombak besar menyebabkan tingkapnya pecah dan air mula memasuki pelantar tersebut," kata ketua Kementerian Kecemasan tempatan, Taimuraz Kasayev pada sidang media di Yuzhno-Sakhalinsk.

Agensi-agensi media memetik pegawai sebagai berkata, pelantar tenggelam pada pukul 2 pagi waktu tempatan hari ini, kira-kira 200 kilometer dari pantai Sakhalin ketika ia ditunda dari semenanjung Kamchatka di timur negara ini.

"Siasatan mendapati pelantar itu mungkin gagal mematuhi peraturan kerana ia ditunda semasa cuaca buruk," lapor Jawatankuasa Siasatan Rusia dalam satu kenyataan. - REUTERS/AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

No comments:

Post a Comment