Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

6 ditahan bantu siasatan kes bunuh warga Bangladesh

KUALA LUMPUR: Enam individu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang buruh binaan warga Bangladesh di kawasan berhampiran sebuah tapak pembinaan di Manjalara, di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abd Hamid ketika dihubungi berkata, enam individu warga Bangladesh berusia 21 hingga 28 tahun itu ditahan petang kelmarin di kawasan tapak pembinaan berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada enam ditahan itu adalah suspek utama pembunuhan itu.
“Sementara itu, polis masih belum menemui senjata yang digunakan untuk menetak mangsa,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan tiga buruh binaan warga Bangladesh terkejut selepas menemui mayat rakan senegara mereka dalam keadaan terbaring di atas jalan dan berlumuran darah.

Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditetak menggunakan senjata tajam.
myMetro | 6 ditahan bantu siasatan kes bunuh warga Bangladesh:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment