Search This Blog

Thursday, December 29, 2011

31 cedera jet mendarat cemas

KYRGYZSTAN - Sebanyak 31 penumpang cedera apabila sebuah jet penumpang melakukan pendaratan kecemasan di sebuah lapangan terbang di selatan negara ini, Osh.

Kementerian Kesihatan Kyrgyzstan berkata, jet dua enjin Tu-134 buatan Soviet yang membawa 95 penumpang dan enam anak kapal itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan berikutan cuaca berkabus hari ini.

Menurut saksi, jet itu tersasar dari laluan pendaratan, patah sayap, terbalik sebelum terbakar. - AGENSI

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment