Search This Blog

Monday, December 19, 2011

10 anggota penguat kuasa ditahan



DR. Zainuddin Ibrahim (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang menghadiri Persidangan Meja Bulat Pencegahan Rasuah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Negeri Kelantan 2011 di Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH


KOTA BHARU 18 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 anggota penguat kuasa daripada pelbagai agensi kerana disyaki menerima rasuah dalam operasi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, pada 5 dan 6 Disember lalu.

Operasi selama dua hari itu dijalankan oleh SPRM Putrajaya dengan dibantu pegawai-pegawai SPRM Kelantan.

Sumber SPRM Kelantan memberitahu, kesemua anggota penguat kuasa tersebut ditahan atas kesalahan mengambil rasuah secara harian dan bulanan daripada peniaga Thailand.

Katanya, suapan tersebut bagi mengelakkan barangan yang dibawa masuk oleh peniaga terbabit ke negeri ini dikenakan cukai.

"Mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia 28 hingga 53 tahun dan membabitkan pelbagai pangkat. Mereka telah ditahan untuk soal siasat sebelum dilepaskan," kata sumber berkenaan ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Negeri, Nor Rasmi Shari ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Meja Bulat Pencegahan Rasuah Dalam Pengurusan dan Pentadbiran Tanah Negeri Kelantan 2011 di pejabatnya hari ini, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim dalam ucapan perasmian majlis itu berkata, sebanyak 210 laporan berhubung rasuah termasuk melibatkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dilaporkan sehingga kini.

"Saya harap semua pihak dapat bekerjasama dan melaporkan kepada pihak berkuasa gejala rasuah ini berlaku. Kita khuatir jika tidak dibendung dan ditangani segera masalah ini akan diwarisi oleh golongan muda yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang," ujarnya

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment