Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Tukang urut asing diselamatkan


KUALA LUMPUR – Penderitaan 13 mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa menjadi pelayan di sebuah pusat hiburan di Seri Kembangan di sini sejak tiga bulan lalu berakhir apabila kesemuanya dapat diselamatkan baru-baru ini.

Wanita warga asing yang merupakan empat rakyat China dan sembilan warga Vietnam berusia lingkungan 20 dan 30-an itu diselamatkan pada pukul 12.30 tengah malam pada 18 November lalu oleh sepasukan polis dari Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Difahamkan, kesemua wanita yang masuk ke negeri ini menggunakan pas lawatan sosial itu dipaksa bekerja di kelab tersebut oleh sindiket tertentu.

Bagaimanapun, polis masih belum mendapat maklumat penuh mengenai mereka kerana mangsa masih trauma dan enggan membuka mulut.

“Kesemua mereka tinggal tidak jauh dari pusat hiburan terbabit dan ada individu yang menjemput ke tempat kerja dan menghantar mereka pulang,” kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment