Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Terbakar dipanah petir

KOTA SAMARAHAN: Suasana tenang di sebuah tapak pembinaan bertukar kecoh apabila seorang pekerja warga Indonesia maut apabila hampir keseluruhan badan terbakar akibat disambar petir, manakala rakannya parah dalam kejadian berhampiran kawasan perumahan Taman Merlin, Jalan Muara Tuang, di sini, petang semalam.

Mangsa, M Yakup M Salleh, 41, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Sarifudin Ishaqa, 31, parah selepas petir menyambar besi konkrit digunakan untuk membina bahagian atas rumah dua tingkat, kira-kira jam 3.30 petang.


Menceritakan detik mengerikan itu, adik mangsa, M Irfan berkata, ketika kejadian, dia berada di lokasi berasingan manakala abangnya bersama rakan sibuk melakukan kerja memasang besi konkrit berkenaan.

“Sebelum kejadian, keadaan cuaca masih cerah walaupun hujan mula turun dan kebanyakan pekerja lain sibuk melakukan tugas masing-masing, manakala abang saya mengangkat besi itu untuk dipasang pada tingkat atas rumah berkenaan.


“Secara tiba-tiba, saya menerima panggilan daripada rakan memaklumkan abang saya dipanah petir, manakala rakannya pengsan.


“Saya bergegas ke lokasi kejadian, namun tidak berani mendekatinya kerana bimbang disambar petir. Beberapa minit kemudian, barulah saya menghampiri abang dan melihat dia sudah tidak bernyawa,” katanya yang baru lima bulan bekerja di negeri itu.

myMetro | Terbakar dipanah petir:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment