Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Tauke dikejar dua penjahat



KERETA Proton Iswara yang terkena tembakan perompak di Wakaf Tapai, Marang semalam.


MARANG - Tindakan seorang tauke kedai emas menyergah dua perompak di kedainya mencetuskan detik-detik cemas apabila lelaki itu dikejar penjenayah terbabit yang kemudian melepaskan tembakan yang nyaris mengenai dua beradik yang berada dalam sebuah kereta.

Insiden mencemaskan pada pukul 11.30 pagi di pekan Wakaf Tapai di sini semalam bermula apabila dua suspek memakai topi keledar bercermin gelap masuk ke dalam kedai emas yang baru hendak memulakan perniagaan.

Ketika kejadian, terdapat enam pekerja menyusun barang kemas manakala tauke kedai itu pula berada di luar kedai.

Sebaik dua penjenayah itu masuk, salah seorang terus mengeluarkan pistol dan diacukan ke arah seorang pekerja menyebabkan semua pekerja itu melarikan diri ke belakang.

Keenam-enam pekerja itu kemudian bersembunyi dalam sebuah bilik.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, penjenayah terbabit mengejar pekerja-pekerja itu tetapi gagal kerana mereka mengunci bilik.

Kesempatan itu kemudian digunakan oleh dua perompak itu untuk memecahkan kaunter cermin pameran menggunakan tukul besi sebelum mengaut emas yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment