Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Sorok dalam stor elak perompak bersenjata

GOMBAK: Tindakan pantas seorang pekerja kedai 24 jam menyorok di dalam stor penyimpanan barang menyelamatkan diri daripada tiga perompak bersenjata pisau dan kayu di Batu Caves, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 5 pagi itu, tiada pelanggan di dalam kedai berkenaan dan hanya seorang pekerja bertugas.


Menurut sumber, pekerja berkenaan yang menyapu sampah di dalam kedai terkejut apabila tiga lelaki memakai topeng dilihat tergesa-gesa memasuki kedai dan menuju ke arah kaunter bayaran.

“Menyedari kehadiran suspek yang mengundang bahaya, pekerja berusia 20-an itu segera melarikan diri ke arah belakang kedai sebelum menyorok di dalam stor.


“Dia (pekerja) hanya menyaksikan tindakan ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan pisau dan kayu melalui rakaman kamera litar tertutup di dalam stor itu,” katanya.


Menurut sumber, semua suspek ke kaunter bayaran sebelum membawa lari peti simpanan wang tunai yang menyebabkan kerugian RM1,500.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

myMetro | Sorok dalam stor elak perompak bersenjata:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment