Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Sindiket dadah aktif di Asia

Aktiviti pengedar dari Afrika, Iran dikesan meningkat sejak 1990-an

BANGKOK: Kumpulan dadah antarabangsa dari Afrika dan Iran semakin aktif dalam pengedaran methamphetamine yang semakin rancak di Asia Tenggara hingga ke Asia Timur, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Pil rangsangan (ATS) termasuk ‘amphetamine’ dan methamphetamine atau syabu menjadi dadah pilihan di kebanyakan bahagian di Asia Tenggara dan Asia Timur sejak 1990-an, menggantikan dadah berasaskan tumbuhan seperti heroin, candu dan ganja.
Ia mudah dibuat di mana saja dan memberi keuntungan lumayan dengan sedikit pelaburan. Peningkatan penggunaan dadah itu dilaporkan oleh kebanyakan negara di rantau berkenaan pada 2010.

Penghasilan dadah terlarang semakin memuncak sekalipun pihak berkuasa memusnahkan 442 kemudahan pengeluaran dan hampir 136 juta pil.

Penjenayah Afrika yang terbabit dalam jual beli kokain dan heroin beralih kepada penyeludupan ATS, manakala kumpulan Iran dikenal pasti sebagai ancaman besar penyeludupan dadah di rantau ini.

“Sindiket Afrika terbabit dalam penyeludupan pil perangsang, ecstasy dan heroin ke Indonesia dan menggunakan Kemboja sebagai pusat transaksi kewangan dan pengedaran dadah ke Indonesia.
“Di Jepun, syabu yang dirampas ke negara itu dari Afrika meningkat 7.4 peratus pada 2009 kepada 36 peratus pada separuh pertama 2010,” menurut laporan.
Di Malaysia, penyeludup Afrika yang ditahan bertambah hampir sekali ganda tahun lalu kepada 65, termasuk 50 warga Nigeria.

“Bagi mengelak dikesan, penyeludup dadah Afrika mempelbagaikan kaedah termasuk menggunakan orang tengah dari Asia Barat, Eropah Timur dan Asia selain mempelbagaikan destinasi penghantaran,” menurut laporan itu sambil menambah kumpulan Iran turut terbabit.

Malaysia menahan 228 penyeludup Iran pada 2009 hingga 2010 kerana menyeludup methamphetamine. – Reuters
Berita Harian Online | Sindiket dadah aktif di Asia:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment