Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Rentung diatas air


MUSNAH...tiga bot nelayan musnah dijilat api dalam kejadian di Jeti Angkasa Baru.
MUSNAH...tiga bot nelayan musnah dijilat api dalam kejadian di Jeti Angkasa Baru.
KUDAT: Angkara puntung rokok, dua wanita dan seorang lelaki rentung, manakala empat yang lain termasuk seorang wanita parah apabila tangki minyak dalam sebuah bot yang berlabuh di Jeti Angkasa Baru, di sini, meletup, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu dipercayai berpunca daripada letupan tangki minyak sebuah bot nelayan sebelum api merebak ke sebuah lagi bot nelayan dan bot kecil yang berlabuh di jeti sama.
   
  • FotoTARIK...anggota penyelamat menarik mayat seorang mangsa yang rentung.
  • FotoUSUNG... anggota polis dan bomba mengangkat mayat mangsa.
Dua daripada tiga mangsa yang maut itu ditemui rentung, manakala seorang lagi terbunuh dipercayai lemas ketika cuba menyelamat diri dan semua mereka lingkungan 20-an.

Mangsa yang parah dikenali Richard Mohd, 21; Hamid Gabin, 35; Muhd Ayob Buyong, 50, dan seorang wanita, Mylen Masarap, 27.

Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan semua mangsa yang rentung sudah dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera parah ditahan di hospital sama untuk rawatan lanjut.

No comments:

Post a Comment