Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Pusat judi Internet tumpas



Ahmad Sofi Zakaria (kiri) melihat bahan bukti berhubung rampasan di sebuah pusat perjudian di kawasan Likas Plaza, Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 28 Nov. - Sebuah pusat judi di kawasan Likas Plaza yang baru seminggu beroperasi dan sedang berusaha menarik pelanggan, tumpas apabila diserbu sepasukan polis baru-baru ini.

Premis berkenaan dikatakan baru sahaja dibuka susulan penutupan beberapa premis lain akibat diserbu pihak berkuasa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, berdasarkan maklumat, sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) membuat intipan sebelum menyerbu premis itu pada Khamis lalu.

"Serbuan dibuat pukul 11.15 malam dan mendapati premis itu menjalankan kegiatan perjudian Internet.

"Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang dipercayai penjaga premis itu berjaya ditahan dan kami turut merampas beberapa peralatan yang digunakan dalam perjudian itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Menurut beliau, antara yang dirampas pada serbuan tersebut adalah masing-masing 12 unit komputer, unit pemprosesan pusat (CPU) dan papan kekunci selain 11 buah kerusi dan wang tunai RM75.

Ahmad Sofi berkata, suspek dan kesemua barang rampasan berkenaan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu katanya, dalam kes berasingan, seorang wanita ditahan selepas dipercayai menjadi ejen nombor ekor haram di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.

Katanya, warga asing berusia 30 tahun itu diberkas pada pukul 5.18 petang, 16 November lalu di sebuah hotel di sini.

"Turut dirampas, sebuah buku dan dua keping kertas yang tercatat beberapa angka dipercayai untuk pertaruhan, telefon bimbit milik suspek yang juga mengandungi angka-angka dalam bentuk SMS (khidmat pesanan ringkas) dan wang tunai RM425," katanya.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment