Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Pinjam RM500 jadi RM9,000

JOHOR BAHRU: “Saya hanya meminjam RM500, tetapi kini jumlahnya mencecah RM9,000 dan tertekan dengan keadaan itu, saya pernah terfikir untuk membunuh diri dengan meminum racun,” itu luahan pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Jamal, 42, di sini, semalam.

Jamal yang bekerja di Desa Cemerlang dan sudah berkeluarga serta mempunyai tiga anak pada mulanya meminjam RM500 daripada along untuk membaik pulih motosikalnya pada Julai lalu.

Bagaimanapun, dua minggu kemudian, dia gagal melunaskan bayaran berkenaan dan terpaksa meminjam daripada tiga lagi along menyebabkan hutang terbabit meningkat hingga kini.

“Saya tidak menyangka tindakan membuat pinjaman daripada empat along berlainan bukan saja gagal melunaskan hutang malah meningkatkan lagi jumlah hutang terbabit.


“Selepas usaha meminjam dengan keluarga dan rakan tidak berjaya, saya tiada pilihan selain terpaksa mencari along kerana begitu terdesak untuk membaik pulih motosikal yang menjadi kenderaan utama ke tempat kerja serta menghantar anak ke sekolah.

myMetro | Pinjam RM500 jadi RM9,000:

No comments:

Post a Comment