Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Pelajar mati dibunuh dekat sekolah

JEDDAH: Seorang pelajar sekolah menengah tinggi menjadi mangsa bunuh berdekatan sekolahnya di Tabuk, Isnin lalu.

Polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemui mayat mangsa dengan beberapa kesan tikaman di tubuhnya.


Jurucakap polis, Mejar Khaled al-Galban, berkata seorang pelajar berusia 16 tahun menyerah diri kepada polis dan mengakui melakukan jenayah itu.

Berita pembunuhan pelajar itu mengejutkan semua warga sekolahnya. Menurut guru kelasnya, mangsa seorang pelajar yang pintar dan baik.


Polis masih menyiasat mengenai motif di sebalik kejadian pembunuhan itu.


Sementara itu, Ketua Jabatan Pendidikan Tabuk, Saad Al-Harthi, berkata pihaknya akan menganjurkan kempen kesedaran di kalangan pelajar sekolah supaya menjauhi keganasan. - AN

myMetro | Pelajar mati dibunuh dekat sekolah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment