Mayat tertiarap dalam longkang

SEREMBAN – Penduduk Kampung Kuala Sawah, Rantau dekat sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas bisu di dalam longkang bersama basikal ditungganginya, pagi semalam.

Kejadian disedari penduduk setempat yang ternampak sekujur tubuh manusia meniarap di dalam longkang berkenaan kira-kira 8.30 pagi.

Saksi, Mohd Subri Abdul Karim, 27, berkata, kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia lewat 30-an yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.

“Ketika itu saya sedang berehat di rumah. Lelaki itu memberitahu ada manusia dengan keadaan mukanya tersembam di dalam longkang.

“Saya bergegas ke sana dan terkejut mangsa merupakan seorang penduduk di sini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohd Subri berkata, mangsa tinggal sebatang kara dan menampung kehidupan dengan melakukan kerja kampung.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh sendiri dalam longkang dan tiada sebarang unsur jenayah.Mayat tertiarap dalam longkang

Katanya, mangsa dipercayai terjatuh sendiri dalam longkang dan tiada sebarang unsur jenayah.