Search This Blog

Sunday, November 27, 2011

 GEORGETOWN: Seorang pengarah syarikat mendakwa kerugian hampir RM1 juta selepas rumahnya dimasuki lima lelaki bertopeng bersenjatakan sabit, pemutar skru dan cangkul kecil dalam kejadian di Taman Jesselton, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 5 pagi dan disedari mangsa selepas tersedar daripada tidur apabila terdengar pintu biliknya diketuk. Mangsa kemudian bangun untuk membuka pintu sebelum perompak terbabit menyerbunya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar Kassim berkata, berdasarkan siasatan, mangsa yang juga wanita kemudian diarah mendiamkan diri sebelum tangannya diikat.
Menurutnya, selain pengarah itu, turut diikat kumpulan perompak terbabit adalah lima lagi anggota keluarga mangsa sebelum diarah menyerahkan duit dan barangan berharga.

“Takut dan kejadian lebih buruk berlaku, semua mangsa menyerahkan wang tunai RM1,500, koleksi syiling lama, cincin berlian, pakaian, lima botol minyak wangi, pasport antarabangsa dan tiga unit telefon bimbit yang dianggarkan jumlah keseluruhan menjangkau RM1 juta,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan lelaki berkenaan mengambil masa sejam untuk melakukan rompakan sebelum melarikan diri jam 6 pagi.
Katanya, siasatan juga mendapati suspek masuk ke rumah melalui tingkap selepas menceroboh melalui pagar belakang.
myMetroRugi hampir RM1 juta:

No comments:

Post a Comment