Search This Blog

Saturday, November 12, 2011

Dakwat celup: Tak perlu pinda perlembagaan - Ambiga


12/11/2011 9:16pm

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda untuk membolehkan dakwat kekal digunakan ketika pilihan raya di negara ini, demikian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambaikan Proses Pilihan Raya diberitahu hari ini.

Bercakap pada hari kedua sesi pendengaran awam PSC di sini, bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, sistem itu boleh dilaksanakan dengan hanya menukar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sama sekali tidak perlu (untuk meminda Perlembagaan)... hanya perlu tukar peraturan (SPR), bukan Perlembagaan dan ini boleh dilakukan mengikut Sekyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR membuat peraturan, membentangkannya di Parlimen untuk diluluskan,” katanya ketika menjawab soalan seorang anggota PSC.

Terdahulu, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad meminta pandangan Ambiga berhubung perkara itu termasuk kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan. - BernamaUtusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment