Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Buruh dihukum gantung kerana bunuh rakan


SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang buruh warga Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakan senegaranya, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati keterangan bela diri Marianto Azlan, 37, gagal menggugat keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut malah pembelaannya lebih bersifat penafian semata-mata.

Beliau turut menyatakan, hujah pembelaan bahawa warga asing tersebut tidak mempunyai motif untuk melakukan jenayah tersebut juga tidak boleh diterima kerana motif bukanlah satu keperluan dalam membuat keputusan dalam kes bunuh.

Mengikut pertuduhan, Marianto didakwa membunuh Firdaus Komari, 36, kira-kira pukul 7 malam, 21 Januari 2007 di kawasan lapang Lorong Kemajuan 3, Kampung Pandan Dalam, Ampang dekat sini.

Dia yang didakwa melakukan kesalahan tersebut bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment