Search This Blog

Wednesday, November 23, 2011

Bekas pengerusi firma Jepun gelapkan dana


TOKYO 22 Nov. - Pendakwa raya hari ini menahan bekas pengerusi syarikat pembuat kertas di Jepun atas tuduhan menggunakan wang tunai subsidi berbilion dolar untuk berjudi di kasino luar negara.

Penahanan tersebut dibuat ketika pentadbiran korporat Jepun kini di bawah pemerhatian rapi antarabangsa selepas syarikat pembuat kamera Olympus mengaku menyorok kerugian pelaburan mereka pada tahun 1990-an.

Pendakwa raya menahan Mototaka Ikawa, 47, yang merupakan bekas pengerusi Daio Paper dan cucu kepada pengasas syarikat tersebut atas tuduhan pecah amanah.

Ikawa disyaki meminta syarikat subsidiari Daio Paper memindahkan wang ke beberapa akaun bank tanpa mendapatkan pengesahan sepatutnya dari ahli lembaga syarikat itu dan tanpa meletakkan cagaran.

Menurut kenyataan oleh pejabat pendakwa raya, wang tersebut sebahagiannya digunakan bagi membayar hutang perjudiannya.

Siasatan dalaman oleh Daio Paper menyatakan Ikawa mendapat wang sebanyak 10.68 bilion yen (RM439.5 juta) daripada subsidiari itu.

Kenyataan daripada pendakwa raya pula menyatakan dia memperoleh sekurang-kurangnya 3.2 bilion yen (RM132.2 juta).

Ikawa memperoleh kembali sebahagian daripada jumlah tersebut dan menurutnya, dia berniat untuk memulangkan jumlah selebihnya kemudian. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment