Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Bas mini berlanggar kereta api, 9 terbunuh, 10 cedera

WARSAW 31 Julai - Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Ukraine terbunuh dan 10 lagi cedera apabila sebuah bas mini bertembung dengan sebuah kereta api di Bratoszewice, Poland awal pagi semalam.
Jurucakap polis, Joanna Kacka berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.00 pagi (12.00 tengah hari waktu Malaysia) selepas bas terbabit dipercayai tidak berhenti ketika kereta api terbabit sedang melintas.
Katanya, lapan orang mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia beberapa jam kemudian ekoran kecederaan parah yang dialami. - AFP

No comments:

Post a Comment