Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Australia rampas dadah dari Iran


SYDNEY 29 Nov. - Pihak berkuasa Australia hari ini merampas dadah bernilai AS$29.87 juta (RM94.9 juta) yang disembunyikan di dalam sebuah kapal yang menghantar kismis merah dari Afghanistan, kes kedua terbesar ditangkap pada bulan ini.

Jabatan Kastam dan Polis Persekutuan Australia menemui 97.7 kilogram dadah jenis heroin dan 118.4 kilogram dadah pseudoephedrine dalam satu penghantaran dari Iran yang dipercayai berasal dari Afghanistan.

Sebelum itu, pihak berkuasa turut merampas sebanyak 300 kilogram dadah kokain dari sebuah kapal layar di Queensland tiga minggu lalu.

"Ia adalah rampasan (heroin dan pseudoephedrine) terbesar dalam tempoh 12 bulan ini.

"Ia merupakan tamparan besar kepada sindiket perdagangan dadah di Australia," kata Menteri Dalam Negeri, Brendan O'Connor dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurut polis, seorang lelaki tempatan yang berusia 34 tahun didakwa atas kesalahan menyeludup dadah yang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan didenda.

Pada mulanya, Jabatan Kastam menyasar penghantaran yang mengandungi 3105 karton, diisytiharkan sebagai kismis merah untuk pemeriksaan awal bulan ini.

Selepas keputusan x-ray mendedahkan tidak konsisten, mereka menemui dadah tersembunyi di dalam lapisan karton itu.

Pada September lalu, pihak berkuasa merampas sebanyak 271 kilogram dadah jenis kokain dari konsainan mesin rumput yang dihantar ke Melbourne. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment