Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

16 kaki judi diberkas



Sebahagian kaki judi yang diberkas dalam Ops Dadu dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut, malam kelmarin.


MIRI 28 Nov. - Seorang pelajar berusia 16 tahun adalah antara 15 individu yang diberkas oleh polis ketika sedang leka berjudi di sebuah rumah di Tudan Fasa 2, dekat sini tengah malam semalam.

Semua suspek ditahan dalam Ops Dadu oleh anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri pada kira-kira pukul 12.10 tengah malam hasil maklumat orang awam.

Difahamkan, pemilik rumah berusia dalam lingkungan 40-an menjadikan rumahnya itu sebagai pusat kegiatan judi sejak sebulan lalu.

Menurut sumber, polis menahan 16 suspek serta merampas wang tunai RM150, dadu dan kain rentang yang digunakan untuk berjudi.

"Semua suspek mula berjudi kira-kira pukul 11 malam dengan mempertaruhkan wang sehingga RM50 bagi setiap permainan. Mereka yang ditahan berusia antara 16 dan 40 tahun," katanya di sini.

Semua suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment