Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

1 maut, 7 cedera akibat jerangkap samar tinggalan perang

SARAJEVO: Pihak berkuasa berkata, seorang maut dan tujuh cedera dalam dua letupan jerangkap samar di utara Bosnia, semalam.

Jurucakap Pusat Tindakan Jerangkap Samar Bosnia, Svjetlana Trifkovic, berkata kedua-dua insiden itu berlaku di kawasan bertanda di bandar Doboj.


Katanya, satu daripada letupan itu berlaku apabila sepasang warga emas menghidupkan pelantiknya secara tidak sengaja.

“Seorang wanita terbunuh dan seorang lelaki cedera,” katanya.


Dua jam kemudian, enam pekerja kereta api cedera ketika membersihkan laluan di kawasan berhampiran.


Perang Bosnia pada 1992 hingga 1995 menjadikan negara itu lokasi paling banyak ditanam jerangkap samar membabitkan 4,200 kilometer persegi.

Lebih 1,500 orang terbunuh akibat jerangkap samar di Bosnia sejak 1996. - AP

myMetro | 1 maut, 7 cedera akibat jerangkap samar tinggalan perang:

No comments:

Post a Comment