Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

Wanita maut jatuh flat

Utusan Malaysia Online - Selatan:

Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita yang maut selepas terjatuh dari tingkat 12 di Flat Tun Dr. Ismail di Lobak, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 14 Okt. - Seorang wanita yang baru sehari keluar dari wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 12, flat Tun Dr. Ismail, Lobak di sini, semalam.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah di sebuah tempat pembuangan sampah di flat berkenaan, kira-kira pukul 4.10 petang.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, memberitahu, dia berada di rumah sebelum terdengar bunyi benda terjatuh berhampiran tempat pembuangan sampah itu.

"Apabila saya menjenguk ke luar tingkap saya terkejut selepas melihat tubuh seorang wanita terbaring berhampiran tempat itu.

"Saya memaklumkan perkara itu kepada jiran sebelum mereka menghubungi pihak polis," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Md. Yusoff Awang memberitahu, mangsa yang berasal dari Senawang dipercayai datang ke flat berkenaan dengan sebuah kereta sebelum mayatnya ditemui terjatuh di flat tersebut.

"Berdasarkan siasatan awal, kita dapati mangsa baru keluar dari wad sakit jiwa HTJ sehari sebelum mayatnya dijumpai terjatuh di flat terbabit.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan buat masa ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke HTJ untuk bedah siasat sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarganya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment