Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

Rumah empat keluarga musnah dijilat api

Kosmo! Online - Negara:



SEORANG anggota bomba memadamkan kebakaran rumah yang menyebabkan 23 orang hilang tempat tinggal di Bandar Ceneh Baru kelmarin.


KEMAMAN – Seramai 23 ahli keluarga yang mendiami sebuah rumah bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas kediaman tersebut terbakar dalam kejadian di Bandar Ceneh Baru dekat sini kelmarin.

Kebakaran kira-kira pukul 6 petang itu turut merosakkan sebuah van dan pelbagai dokumen penting milik empat buah keluarga di rumah tersebut.

Salah seorang mangsa, Nazma Hatulisma Dagang, 35, berkata, ketika kejadian, dia ternampak asap tebal dari bahagian dapur sebelum mengarahkan semua penghuni supaya keluar menyelamatkan diri.

“Kami empat beradik dan keluarga masing-masing memang tinggal bersama sejak beberapa tahun lalu. Tidak sangka pula kejadian ini boleh berlaku dan kami semua kini hilang tempat tinggal,” katanya ketika ditemui di sini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment