Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

Penyamun pelanggan bank ditangkap

Utusan Malaysia Online - Kota:

PETALING JAYA 13 Okt. - Satu lubang besar di perhentian bas Jalan 14/22 di sini seolah-olah menjadi perangkap maut kepada pelajar sekolah dan pekerja pejabat berhampiran.

Lubang sedalam hampir dua meter dengan keluasan hampir dua kaki itu didakwa telah lebih setahun dibiarkan terdedah tanpa sebarang tindakan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Difahamkan, pihak masjid berhampiran telah mengambil inisiatif menutup lubang berkenaan dengan kayu, namun tindakan itu hanya bertahan sementara sahaja.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lubang itu berada betul-betul di tengah perhentian bas itu dan amat berbahaya kepada orang ramai terutama mereka yang jarang ke kawasan itu.

Sebagai alternatif, orang ramai mengambil penutup tong sampah yang sudah rosak berhampiran perhentian bas itu untuk dijadikan penutup sementara.

Kakitangan pejabat berhampiran meminta pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak segera menutup lubang berkenaan sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Seorang pekerja di salah sebuah bank berhampiran, Azman Abdul Aziz, 38, berkata, kejadian dia terjatuh ke dalam lubang di situ kira-kira dua minggu lalu masih membuatnya trauma.

Katanya, walaupun tidak mengalami kecederaan teruk, setiap kali melalui kawasan itu dia akan lebih berhati-hati agar kejadian serupa tidak berulang.

"Pihak MBPJ perlu memasang semula penutup longkang ini demi keselamatan orang awam terutama murid sebuah sekolah berhampiran,'' ujarnya.

Seorang pelajar, Shahzul Haqim Mat Tan Salleh, 13, berkata, dia memang sudah tahu terdapat lubang di situ kerana sering melalui laluan itu bersama rakan-rakan untuk ke masjid berhampiran.

"Apa yang kami lakukan ialah sentiasa berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam lubang itu," katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment