Search This Blog

Saturday, October 15, 2011

Pejabat daerah dipecah

myMetro | Pejabat daerah dipecah:

GOMBAK: Sekumpulan tiga lelaki bertopeng memecah masuk Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, di sini, dan dipercayai melarikan wang tunai dalam peti simpanan dan tabung kutipan pekerja dianggarkan RM9,900, awal pagi semalam.

Kejadian jam 2 pagi itu disedari lima jam kemudian oleh beberapa pekerja yang baru masuk bertugas yang kemudian melaporkan kepada polis.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata kumpulan lelaki terbabit dipercayai masuk ke tingkat bawah dan tingkat satu bangunan berkenaan melalui tingkap tandas wanita di bahagian belakang serta berhampiran belukar.

Menurutnya, polis menerima laporan jam 7 pagi mengenai Bahagian Unit Hasil, Unit Pentadbiran dan Kewangan serta Pejabat Pegawai Daerah Gombak dipecah masuk.


“Berdasarkan imej dalam kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam selama tiga minit bermula jam 2.13 pagi kelihatan dua lelaki berbaju lengan panjang memakai penutup muka dan bersarung tangan memasuki bangunan itu sebelum seorang lagi menutup kamera itu.


“Gambaran suspek tidak berapa jelas kerana rakaman dari jarak jauh dan mereka memakai penutup muka. Semua suspek dipercayai masuk melalui tingkap tandas wanita di tingkat bawah bahagian belakang bangunan dan memecahkan tombol pintu serta kunci mangga pintu jeriji setiap pintu masuk ke dalam pejabat serta bilik,” katanya di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, kumpulan lelaki terbabit memecahkan satu peti besi di dalam bilik Penolong Pegawai Pentadbiran Daerah. Katanya, jumlah kerugian wang tunai dianggarkan kira-kira RM 9,900 termasuk wang kutipan tabung kakitangan, bagaimanapun hasil kutipan kerajaan tidak disimpan kerana sudah dimasukkan ke dalam bank pada jam 3.30 petang pada setiap hari.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment