Sindiket itu terdiri daripada lelaki dan wanita, dipercayai memperdaya wanita dengan lakonan serta kata-kata pujukan sehingga mangsa terjerat dan menyebabkan kerugian ribuan ringgit. Ketua Jabatan Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, dua kes penipuan dipercayai dari sindiket sama di rekodkan sepanjang tahun ini, membabitkan kerugian sehingga RM120,000. “Tahun lalu, kita terima lima aduan membabitkan kerugian RM400,000,” katanya di Wisma MCA, di sini, semalam. Chong berkata, sindiket berkenaan berpura-pura mendekati wanita dan bertanya jika mangsa mengenali bomoh yang boleh mengubati penyakit. “Kebanyakan mangsa tidak kenal bomoh itu. Seorang wanita, anggota sindiket itu kemudian tampil dan memberitahu dia kenal bomoh terbabit lalu bersama-sama bertemu dengannya. “Ketika sedang merawat, bomoh itu akan kata mangsa juga mempunyai masalah kesihatan yang boleh mengakibatkannya maut dalam tempoh beberapa hari,” katanya. Beliau berkata, mangsa yang terpedaya seolah-olah dipukau, mengikut arahan sindiket berkenaan, apabila diminta untuk memasukkan wang tunai dan barang kemas ke dalam sebuah beg sebelum disimpan di tempat yang ditentukan, beberapa hari, bagi menyembuhkan penyakit. “Mangsa hanya dibenarkan buka beg itu, selepas tamat tempoh. Ketika itu, mangsa menyedari tertipu selepas mendapati beg tersebut cuma ada air mineral. “Baru-baru ini, dua suspek sindiket berkenaan sudah diberkas polis, tetapi individu yang pernah menjadi mangsa sebelum ini risau kerana masih ada lagi penjenayah yang masih bebas,” katanya. |
Saturday, October 15, 2011
Hati-hati sindiket bomoh palsu
SH
'via Blog this'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment