Search This Blog

Friday, September 2, 2011

Lubang longkang ragut nyawa

PORT DICKSON: Niat sebuah keluarga menunaikan solat Maghrib di siar kaki di Pantai Batu 10, di sini, pada satu Syawal lalu bertukar tragedi apabila anak sulung mereka, Nur Zahira Mohammad Arif Yap, 2, ditemui lemas.
Difahamkan, ketika kejadian jam 8 malam itu, mangsa ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam hampir dua meter dan dijumpai di persisiran pantai berkenaan yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Menurut bapa mangsa, Mohammad Arif Yap, 40, sebelum kejadian mereka sekeluarga bersiar-siar di pantai selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri sebuah pusat mualaf di situ.

Katanya, dia memberhentikan kenderaan bersebelahan siar kaki menunaikan solat tidak sedar terdapat longkang tidak bertutup di sebelah kenderaannya.

“Pada mulanya dia ada bersama saya ketika mahu menunaikan solat, namun selepas solat saya dapati Nur Zahira tiada. Selepas mencarinya di merata tempat baru kami perasan terdapat lubang sedalam hampir dua meter yang tidak bertutup di sebelah kereta.

“Hampir setengah jam mencari, curiga anak terjatuh ke dalam lubang berkenaan, kami melaporkan kejadian itu kepada pihak bomba,” katanya ketika ditemui di Hospital Port Dickson, Selasa lalu.


Sementara itu, bapa saudara mangsa, Idham Hanafi, 29, berkata, dia tidak menyangka sikap arwah yang aktif dari kebiasaan serta menemani Mohammad Arif ketika menunaikan solat adalah petanda mereka akan kehilangan kanak-kanak itu.

Katanya, mereka masih trauma dengan kejadian dan terkilan apabila longkang berkenaan tidak ditutup sehingga mengorbankan nyawa anak saudaranya.
“Kebiasaannya setiap kali ibu bapa atau saudara mara menunaikan solat, dia akan mengganggu kami, tapi hari ini (Selasa) ketika kami berhenti menunaikan solat Mahgrib, dia turut bersama mengikut kami solat.

“Kami reda dengan apa yang berlaku, namun terkilan kerana pihak berkaitan tidak memastikan lubang itu ditutup,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II, Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Buang Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.18 malam dan bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui terdampar di persisiran pantai selepas anggotanya mengikut alur jalan longkang berkenaan.

“Ketika sampai di kawasan laut, kami melihat seperti ada objek yang terapung dan apabila mendekatinya objek itu adalah mangsa.

“Kami cuba memberikan bantuan pernafasan dan menyelamatkan mangsa, tapi tiada tindak balas yang diterima mangsa,” katanya.hmetro

No comments:

Post a Comment