Search This Blog

Friday, September 2, 2011

6 motor, 2 kereta rentung


MUSNAH...seorang penduduk melihat motosikal yang dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.
MUSNAH...seorang penduduk melihat motosikal yang dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.

AMPANG: Enam motosikal dan dua kereta jenis Perodua Kelisa hangus terbakar dipercayai angkara khianat dalam kejadian di Apartmen Rivera, Taman Muda, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bersama enam anggota mengambil masa kira-kira 10 minit memadam kebakaran.

Penduduk, Chou Jui Chai, 39, berkata, dia terjaga daripada tidur selepas menyedari asap tebal dan debu hitam memenuhi bilik tidurnya.

“Saya sukar bernafas kerana bilik tidur dipenuhi asap dan debu sehingga penghawa dingin rosak.

“Pili air rumah terletak di bahagian tempat letak kereta berhampiran kejadian itu juga terbakar dan menyebabkan bekalan air terputus,” katanya yang menanggung kerugian kira-kira RM10,000 akibat kerosakan beberapa perabot dan peralatan rumah lain.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, dia hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan pemandu teksi yang mahu keluar bekerja selang lima minit selepas dia melakukan rondaan.


“Seperti biasa saya akan melakukan rondaan di kawasan tempat letak kereta dan sekitar apartmen ini. Bagaimanapun, saya tidak nampak kelibat sesiapa,” katanya.

Difahamkan, lima daripadanya enam motosikal yang terbakar hangus manakala dua lagi kereta hanya terbakar sebahagian iaitu masing-masing bahagian depan dan belakang.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian menyebabkan penduduk di tingkat atas kawasan terbabit terjaga selepas terhidu asap yang memenuhi rumah mereka.

“Penduduk bergegas turun ke tingkat bawah bagi melihat sendiri apa yang berlaku sebelum menghubungi pasukan bomba dan polis bagi memaklumkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Amiruddin berkata, kejadian itu adalah yang kedua selepas kali pertama tahun lalu membabitkan lapan motosikal dan sebuah kereta yang juga dibakar.hmetro

No comments:

Post a Comment