Search This Blog

Saturday, August 27, 2011

Terkejut rumah dipecah masuk



BERCHAM – Salah seorang daripada tiga sahabat yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Shah Alam untuk bercuti sempena Aidilfitri ini terpaksa berpatah balik apabila rumah yang disewa hampir setahun lalu dipecah masuk di Taman Bercham Jaya, petang semalam.

Bagaimanapun, Nor Azrina Masani, 26, bernasib baik kerana belum memasuki Plaza Tol Simpang Pulai untuk meneruskan perjalanan ke kampungnya itu.

Beliau bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada seorang lagi rakan serumahnya, Nurul Farhana Mohd Hamidi, 25, berhubung kes pecah rumah itu kira-kira jam 2.15 petang.

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat ketiga-tiga bilik kami digeledah teruk seakan-akan orang baru pindah rumah.

“Apapun, saya bersyukur kerana kami semua tidak berada di rumah sewaktu kejadian berlaku,” katanya ketika ditemui di lokasi semalam.

Tada barang berharga yang hilang kerana mereka sentiasa membawanya ke tempat kerja.

“Setakat ini tiada barangan berharga yang hilang kecuali komputer riba milik seorang lagi rakan kami dikebas” katanya yang memberitahu seorang lagi rakan mereka Mahiran Mustapha, 25, sudah pulang ke Kelantan untuk menyambut hari raya.

Nor Azrina bersama dua rakannya yang bekerja sebagai Pegawai Sains Jabatan Patalogi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkata rumah hujung (corner lot) yang terletak selang sebuah dari mereka turut mengalami nasib yang sama.

Jiran yang tinggal bersebelahan rumah Fatimah Shaari, 60, mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena ketika tiba di rumah pada jam 1.20 petang yang sama.

“Setibanya di rumah saya terlihat ada sebatang tangga di halaman kemudian apabila menjenguk ke rumah sebelah saya dapati pintu pagar dan jeriji besi terbuka.

“Selepas itu saya menghubungi jiran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” katanya yang bekerja sebagai pengusaha kantin di Sekolah Antarabangsa Ipoh.

Beliau percaya perompak terbabit melakukan jenayah itu sewaktu umat Islam sedang solat Jumaat.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan polis di Balai Polis Bercham dan akan menjejaki suspek.

No comments:

Post a Comment