Search This Blog

Monday, August 29, 2011

Peniaga disimbah asid oleh isteri






SEORANG lelaki berusia 47 tahun dibawa masuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana disimbah asid oleh isterinya, semalam.


KOTA BHARU 28 Ogos - Seorang peniaga murtabak berusia 47 tahun, cedera di muka dan badan selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh isterinya di Kampung Kok Lanas dekat sini hari ini.
Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi ketika peniaga terbabit yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun, sedang menyiapkan adunan murtabak di rumahnya.
Salah seorang ahli saudara mangsa berkata, dua hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri itu namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.
"Mangsa memberitahu, isterinya tiba-tiba datang dan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke arahnya menggunakan bekas air dan mengenai muka dan badan sebelah kanan," kata ahli saudara mangsa itu yang enggan dikenali ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini.
Menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian tersebut, lelaki itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penduduk kampung.
"Ketika kejadian, saya ada di rumah di Kampung Sokor dan orang kampung datang memberitahu, mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat.
"Saya terus ke klinik untuk melihat keadaan mangsa. Bagaimanapun, dia terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," ujarnya.
Sehingga kini, katanya, keluarga mangsa belum sama ada untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut atau sebaliknya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.utusan

No comments:

Post a Comment