Search This Blog

Monday, August 29, 2011

Isteri simbah cuka getah

PARAH...mangsa melecur pada muka dan badan  akibat disimbah asid oleh isterinya.
PARAH...mangsa melecur pada muka dan badan akibat disimbah asid oleh isterinya.
KOTA BHARU: Seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mahyudin Abdullah, 47, sedang menguli tepung roti canai di rumahnya untuk dijadikan doh sebelum dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan Kok Lanas.
Ketika asyik menguli tepung roti canai itu, tiba-tiba datang isterinya membawa sejenis cecair dipercayai asid dalam sebuah bekas sebelum menyimbah ke arahnya menyebabkan mangsa menggelupar kepanasan.

Insiden itu menyebabkan mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa menaiki sebuah ambulans ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berikutan keadaannya yang kritikal.


Difahamkan, perselisihan faham berkenaan berlaku dua hari lalu, menyebabkan isteri mangsa yang berusia 40-an nekad menyimbah cuka getah ke tubuh suaminya.hmetro

No comments:

Post a Comment