Search This Blog

Monday, August 29, 2011

Api setinggi pokok kelapa jilat rumah bapa saudara

BACHOK: “Dari tengah laut, saya dapat melihat api menjulang setinggi pokok kelapa berhampiran rumah dan segera menghubungi sepupu. Kebimbangan saya menjadi kenyataan kerana yang terbakar itu rumah bapa saudara saya,” kata Che Asri Che Hassan, 18.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, rumah Zakaria Mohd Yunus, 30, di Kampung Pantai Senok, di sini, hangus menyebabkan mangsa yang juga mengalami masalah mental sejak 10 tahun lalu tinggal sehelai sepinggang.

Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah itu, bagaimanapun bernasib baik kerana diselamatkan orang kampung selepas menyedari rumah mangsa dijilat api.

Che Asri berkata, ketika kejadian dia bersama bapa saudaranya, Che Lah Che Muda, 40, berada di tengah laut menaiki sebuah bot kecil untuk memukat ikan, namun pandangannya teralih tatkala melihat cahaya terang di daratan berhampiran rumahnya.

Katanya, curiga melihat api itu, dia menghubungi sepupunya yang tinggal berhampiran sebelum dimaklumkan rumah bapa saudaranya terbakar.

“Namun, saya lega sebaik dimaklumkan sepupu, bapa saudara sudah diselamatkan penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Senok, dekat sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Operasi Bomba, Che Malek Che Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.08 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama sebuah jentera dan lima anggota bagi memadamkan kebakaran.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati rumah berkenaan sudah 80 peratus terbakar.

“Sebaik tiba kami mendapati api masih marak, namun anggota dapat memadamkan api sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian berikutan saiz rumah yang kecil.

“Bagaimanapun jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.hmetro

No comments:

Post a Comment