Search This Blog

Monday, August 29, 2011

17 kematian dicatatkan semalam



KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sebanyak 17 lagi kematian dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 yang masuk hari kelima semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang maut meningkat kepada 77 orang.
Penunggang dan pembonceng motosikal terus mencatat jumlah kematian tertinggi apabila 11 kematian dilaporkan membabitkan golongan itu.
Berdasarkan laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, sepanjang tempoh semalam, sejumlah 1,454 kemalangan berlaku dan 15 daripadanya adalah kemalangan maut.
Selain 11 kematian membabitkan pengguna motosikal, kematian lain masing-masing membabitkan tiga pengguna kereta dan pejalan kaki.
Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kematian berlaku di jalan Persekutuan, diikuti enam di jalan bandaran, serta masing-masing satu di lain-lain jalan dan jalan negeri.
Menurut kenyataan itu, jalan bandaran merekodkan jumlah kemalangan terbanyak iaitu 591 kes, diikuti jalan Persekutuan (427), jalan negeri (220), lebuh raya (169) serta lain-lain jalan (47).
Sepanjang tempoh semalam, PDRM mengeluarkan sejumlah 9,108 saman atas pelbagai kesalahan.
Ops Sikap Ke-24 dilancarkan pada 23 Ogos lalu sempena Hari Raya Aidilfitri akan berakhir pada 6 September depan.
utusan

No comments:

Post a Comment